14 January 2011

Tenji Japanese Buffet


Assalamualaikum and good day everyone :)
Last weekend saya pergi makan dekat satu tempat yang sangat syiokkk.
Terletak di Solaris Mont Kiara. Dekat dengan Soho KL.
Restoran ni betul2 atas Cold Storage.
Makanan dekat sini bertemakan Japanese Buffet.
FAHAM TAK BUFFET???
Korang boleh makan sampai perut kembung pergi berak then sambung makan lagi.
Seharusnya you guys pergi time tengah lapar gila.
Nama restoran ni :






Tempat reception yang sangat kelas gitu.
Dah macam nak check in hotel pulak.
Siap ada mat salleh jadi receptionist.
Cool gila sebab mat salleh tu HANDSOME.



Tempat minum-minuman yang ada macam2.
Air jus, air bikarbonat, air kopi teh semua, etc.





Dessert2 yang sangat TEMPTING
Boleh ambil banyak mana yang you guys nak makan.



Outdoor seating.
Sangat relaxing. Kalau nak celebrate Valentine boleh jadi hot spot kat sini.



HA! Leleh air liur sekarang sebab kita ada KAMBING GOLEK-GOLEK.
Sedap woo.
Boleh request nak bakar ikan2 yang disediakan.



Yang ni korang boleh request untuk bakar juga.
Bila bakar nanti Chef ni letak sos yang sangat menyelerakan.



Nampak tak clip besi kat atas ni?
Clip ni diorang provide suruh kita letak dekat every menu yang ada dalam restoran ni.
Chef akan masak menu tu then hantar dekat table kita.
Dekat clip tu ada nombor table kita.



Scallop with Miso Sauce


Taco


Cold Squid


Steamboat side.
Bila your guys order steamboat, chef akan hantar kuali dekat table dengan semua food yang korang pilih.
Every table disediakan dengan dapur masing2.
Cool~ 



Tiram segar!
Makan dengan lemon segar juga.
Tempting gila.



Fresh punya raw meat.
Boleh request nak suruh chef  masak jenis macam mana.



Kambing bakar, butter salmon, sotong sumbat mayonis, baked cheese potato dalam ketam punye shell.



Aglio Olio Pasta with Scallop




Tempat air kelapa.
You guys kena buka sendiri air kelapa ni guna hammer yang disediakan.
Cool kan?
Minum sejuk2 memang naik bulu roma semua.



Strawberry and Mango Ice 
Sangat menggiurkan.



Vanilla Chocolate pudding, Strawberry Mousse Cake, Durian Cheese Cake, Chocolate Moist Cake, Cookies.



Part yang paling best dekat sini.
Ada tiga jenis ice cream dekat sini.
Japanese Ice Cream, Baskin Robbins, Haagen-Dazs.
Boleh ambil buat bekal untuk jiran2 sekali.
Nak beli kat luar mahal. Dekat sini korang boleh ambil sambil brain freeze.



Tuan besar yang belanja semua orang.
Love you mama


Perut boyot tak boleh nak jalan.
Kenyang sangat2.


Tadaaa!
Nak juga kan muka sendiri ada sekali.
Korang memang patut makan dekat sini.
Berbaloi2!
Time saya pergi ni ada offer cuma RM50.00 seorang.
So, sebelum pergi you guys perlu call dulu and tanya price dia. 
Plus dekat sini kena buat reservation sebab selalu fully booked.
Suppose ada banyak lagi makanan tapi tak sempat nak ambil gambar sebab lebih tertumpu makan dengan penuh selera.

Bye!


07 January 2011

Restoran Nasi Paku

Okay, kenapa tajuk Nasi Paku?
Nasi putih dengan lauk Sayur Paku Pakis ke? Oh bukan.
Sebenarnya bila beli nasi dekat sini, diorang bungkus nasi cucuk dengan paku. Maksud saya guna paku betul2 untuk bertukang tu. Diorang tak guna getah or selit2 pembungkus celah2. Cool kan?



Saya dah makan nasi ni sejak belum datang period lagi. Masih belum matang tambah belum ada kekasih waktu tu. Tapi saya hanya pernah tapau nasi dekat kedai ni. Tak pernah makan pun dekat sini.

Lokasi kedai ni sebenarnya di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Which is kampung atok nenek saya dekat sini. Saya memang ‘mek klate’ ye semua. Tak perlu tanya2 dah sebab apa saya cantik. Semua sebab saya makan budu. Ececeh. Tipu sangat sebenarnya. Hahaha.

Kedai ni dah wujud dari zaman ayah kecil2 lagi. Mungkin nak dekat sama umur dengan tahun merdeka rasa nya. Nama kedai ni Restoran Hover. Actually kedai ni ada dua orang owner. Seorang yang jual makanan dan lagi seorang yang jual air.



Nampak menggiurkan bukan? Kat sini jual nasi dengan lauk2 campur. Ada ayam kampung goreng, daging, hati, etc. Nasi ni ada kuah special. Campur dengan tauge. Memang sedap sangat. Korang kena cuba sendiri baru tahu macam mana nikmat makan nasi ni. Tapi selama makan dekat sini saya tak pernah tahu berapa harga nasi ni. Sbb owner dia kira harga makanan semua laju gila. Memang harapan jela nak dengar dia sebut apa. Baru panggil suruh kira harga terus dia membebel2 sorang then cakap total harga semua. Terer siot matematik dia. Mesti masuk tuisyen Kumon ni.



Muka owner blog ni pun kena letak juga untuk publisiti lebih. Excited lebih dapat makan favourite food. 


02 December 2010

Having fun with M&M candy




Hello kanak2 riang.
Kali ni saya nak story2 sikit pasal cokelat M&M.
Which is everyone will definately knows about this brand.
I found out about this coolest thing last week when i watched Martha Stewart show.
Thanks to you Martha.

Jap, dah kenapa tiba2 saya speaking matsalleh ni.
Sebab ni coklat orang putih so terus speaking pula.

Okay, benda cool yang saya nak cerita dengan you alls ni kalah dengan aiskrim Mat Kool tu sebab benda ni lagi cool.

YOU GUYS BOLEH LETAK MUKA SENDIRI ATAS COKLAT M&M.



Excited tak bila saya dah caps lock semua huruf supaya nampak betapa teruja nya saya tulis benda ni.
Tapi jangan ingat saya tulis YOU GUYS then guys je yang tertarik tapi bukan girls.
For sure girls je yang tertarik dengan benda ni.
Yela, boleh letak muka sendiri kot atas M&M.
Boleh frame kat rumah sampai berkulat coklat tu.
Boleh tampal dalam diari lepas tu semut datang meriah.

Jom proceed untuk tahu macam mana nak buat benda cool ni.
Korang masuk dekat link website bawah ni.





First, korang kena pilih warna yang korang rasa cantik kombinasi nya.
Boleh pilih maksimum 3 warna sahaja.
Nampak tak 5 warna dekat bawah yang macam terpinggir tu?
Yang itu warna2 yang korang tak xboleh print gambar or tulisan apa2 atas coklat tu.
Maybe sebab warna dia agak gelap so kalau print apa2 nanti tak nampak kesan dia.
Korang juga boleh pilih kombinasi warna yang M&M dah pilih paling cantik untuk mix and match.

Oh ya, kalau korang nak tahu tentang shipping cost and time boleh click dekat Shipping Info dekat atas tu.
And kalau korang betul2 teringin sangat nak beli, korang kena call Customer Service at 1-888-696-6788 untuk tanya whether diorang hantar ke Malaysia ke tak.
Yela, Malaysia kecil je. Orang2 luar tak berapa nak nampak sangat. 



Okay, lepas dah pilih warna2 kegemaran, then boleh la pilih gambar yang korang nak letak atas M&M tu.
Make sure gambar tu in HD ye. 
Jangan guna gambar yang kabur2 tak berapa nak clear. 
And resize gambar tu biar kecil so that senang nak upload.
Kalau gambar guna camera DLSR tak nak besar macam apa pula kan.
Plus, gambar tu kena ada muka je tau. Tak perlu gambar satu badan. 
Maksimum boleh ada 3 orang je dalam gambar tu.
Nak tahu lebih lanjut boleh click dekat Image Tips.



Ni rupa dia bila dah upload gambar.
Nak juga gambar dengan kekasih.
So, korang boleh adjust gambar tu ikut citarasa sendiri. 
Boleh juga nak zoom gambar sorang je biar hilang gambar kekasih.
Kalau tak nak gaduh2, then letak je muka dua2.



Lepas letak gambar boleh la letak ayat2 yang korang rasa best2.
Eh, yang atas ni contoh je. Bukan sebab saya jiwang2. 
Boleh pilih Font apa yang korang rasa comel secocok dengan jiwa.



Korang juga boleh letak clip art comel2 ni.
Ada macam theme yang korang boleh pilih contohnya Wedding, Graduation, Valentines, Birthday, etc.



So ini la saya punya design.
Tapi saya tak letak clip art sebab saya ada 2 warna je yang boleh print.
Lepas tu korang boleh Save To My Design.



Next, korang boleh pilih Packaging yang menarik2 dekat sini.
Semua packaging ni ada harga2 yang tersendiri.
Saya pilih yang Glass Bowl ni sebab macam menarik gemuk2 gebu gitu.
Harga dia pandai2 la korang convert kan ke Malaysia ye.



Selain itu, M&M ada juga sediakan coklat yang dah print out dengan gambar comel2 mengikut occasions tersendiri.



Yang ini favourite saya sebab comel2 je semua.
Boleh buat untuk birthday party anak2.
Dah rasa macam Mak sekarang.

Okay selamat mencuba!


17 November 2010

Restoran SS2 Murni


Dah lama gilo tak update blog.
Blog pun dah rasa terhina sangat. 

Okay, so kali ni saya nak cerita pasal pergi makan tengah malam (supper) di Restoran SS2 Murni.
Actually ada lagi satu restoran yang serupa macam ni.
Orang panggil Restoran William tapi saya tak pernah pergi lagi.
Restoran ni memang dah popular gila. Semua orang tau.
Tapi saya jela yang kuno baru nak pergi.

Dekat restoran ni yang paling pelik dia tak ada menu makanan.
Macam mana nak order makanan?
Kita kena tengok orang lain makan apa lepas tu kita bagi tahu la waiter tu. Cuma tunjuk kat waiter tu je.
Makanan kat sana semua dalam portion yang banyak sangat.
Memang kena kongsi la kalau pergi dengan kekasih ke, dengan abah ke, dengan bibik ke.
So, jangan kedekut sangat la tak nak kongsi.
Lagipun boleh jimat duit.
Tapi kalau baru first time datang sana, rasanya tak perlu kongsi kot sebab korang mesti nak try makan semua makanan yang ada kat sana.
Make sure korang kosongkan perut dulu sebelum pergi sana.



Muka excited gila nak makan walaupun perut tengah tahan lapar gila.


Ni nama dia Roti Hawaii.
Dalam roti ni dia letak sosej, ayam, nenas dan sewaktu dengannya.
Semua bahan tadi di hancurkan lepas tu balut dengan kulit murtabak.
Mayonis dia banyak gila. Memang tak kedekut.
Yang ni harga di baru RM5.


Yang pula makanan saya.
Betapa kedekut nya saya makan sorang je spaghetti ni.
Ni nama dia Spaghetti Cabonara.
Sangat2 creamy. 
Ada banyak isi dia letak.
Sosej, ayam, chicken ball, etc.




Yang ni pula nama dia air Pink Panther dengan air Lily.
Air Pink Panther ni seriously sedap gila. Ada campuran strawberry, pisang, etc.
Yang air Lily pula campuran semua jenis buah.
Air dia banyak sangat.
Baru harga RM5 je.


Yang ni pula tak tahu apa.
Cuma nampak atas meja orang je.
Tapi nampak menarik sangat.


Ok yang ni favourite saya.
Nama dia Mi Raja.
Sebagai rakyat jelata seperti saya ni teringin la nk makan makanan raja camni.
Mi dia halus sangat dan ada macam2 lauk dalam mi ni.
Ada udang besar, sotong besar, carbstick, ayam.


Bila waktu nak bayar, owner kedai ni cuma tengok tanpa saya bagi tahu apa yang saya makan.
Dia terus cakap RM35. 
Murah sangat.
Saya order 3 air dengan 3 makanan.
Cool kan?
So cepat2 la pergi sana ye.
Oh lupa nak cakap kat sini tutup lambat.
Tengah malam baru tutup.
Kalau nak tahu kat mana lokasi kedai ni, cuma Google je nama kedai ni.
:))