22 June 2011

Levain


Hello semua 
Dah lama sangat saya tak update blog ni kan. Rindu #lettew.
Ok this time nak promote this one café. Nama die Levain and tempat dia betul2 depan Hospital Prince Court. Sederet dengan Andalus baru tu.

                    Café ni dia sewa satu banglo and buat tempat makan. Sangat cantik and selesa sangat. You guys should really come to this café. Café ni buka pukul 10 pagi sampai pukul 7 malam je tau. So jangan datang malam. Sini ramai orang datang untuk lunch sebab main dishes dia semua sedap2 and harga berpatutan.



Konsep nak makan dekat sini, bila masuk je kena cari tempat duduk dulu. Bila dah duduk, tengok nombor meja then baru boleh order makanan. So kalau pergi sorang agak susah la sebab tak ada orang nak tolong cop kan tempat duduk.
Yang paling cool dekat sini diorang jual roti and bakar sendiri guna stone oven. Oven batu tu. Lepas tu siap ada satu station dalam kedai tu tempat letak roti semua. Coooooll.







Tambah lagi cool…. Jeng, jeng, jeng...


Homemade chocolate!! Say hello to all cute gorgeous milky chocolate.
Diorang siap buat homemade chocolate lagi. Cool kan? Sedap gila pula tu.



Ok ok. Nak tambah cool lagi sila tengok dessert station dia.




Nice kan? Dessert dia semua sedap gilo. SEDAP GILO. Ha, retweet lagi sekali SEDAP GILO.
Kalau tak meleleh air liur lagi sila tengok gambar ni banyak kali siap zoom sekali. Please. Haha
Macaroons dia paling sedap and banyak choice of flavour. Semua harga dia not bad. Semua berpatutan.
Sekarang nak tunjuk makanan yang saya order haritu.


Spaghetti bolognese


Cream cheese pasta

Makanan dia semua sedap2. Wajib makan dekat sini.



View dari luar.



View for outside dining


So sila la pergi ke sini ye kawan2. Bye bye!


22 January 2011

French Toast


Kali ni saya nak kongsi2 resepi untuk semua. Resepi yang sangat senang and semua orang boleh buat. Boleh la yang jenis tak reti memasak tu start belajar memasak through resepi ni. Kalau tak reti juga memang korang kena masuk kursus memasak sebelum kawin nanti takut mak mentua reject tak pasal2.

Okay, resepi ni selalu nya saya buat time breakfast. Tapi kalau mengidam nak makan tengah malam pun still boleh buat juga. Or time tengah mengadung anak kedua ke tiba2 kempunan pun boleh buat juga.

Antara bahan2 yang di perlukan :



Telur ikut sebanyak mana yang korang nak guna. Kalau guna banyak roti then telur pun kena banyak.
Selalunya sebiji telur boleh letak 2-3 keping roti.



Susu sejat berkrim. (susu cair)
Harus ada model tangan abang gagah ye.



Campurkan telur bersama2 dengan susu cair tadi ye semua.
Pukul sehingga sebati.



Lepas tu mesti ada esen vanilla ni.
Ni lah punca yang menyedapkan french toast.



Campurkan dalam campuran telur tadi ye makcik2.



Then kita kena ada roti.
Beli Gardenia Bonanza ni untung dapat banyak roti.



Kemudian celupkan roti tadi dalam campuran telur tadi.
Rendam lebih kurang seminit je.



Kemudian boleh masak atas pan yang dah diletakkan butter.
Kalau masak apa2 guna butter mesti sedap sebab dia lemak berkrim sesuai untuk orang peha besar macam saya ni tambah lemak lagi.





Sementara menunggu roti tadi masak, kita boleh buat sos untuk makan dengan roti tadi.
Kita hanya perlukan jem strawberry dan limau.



Letakkan jem dalam mangkuk dan perahkan sebijik limau.
Jangan banyak sangat letak limau takut masam sangat pula.



Dan kita mesti kena ada gula icing untuk tabur atas roti tadi bersama2 sos strawberry kita tadi.



Tadaaa!!!

  Atau kalau korang nak lagi sedap, korang boleh guna fresh strawberry blend dengan gula icing dan lemon. Senang je kan?

Saya selalu makan roti ni sambil tengok The Simpson dengan Family Guy.
Memang makan sambil tercekik2 sebab gelak guling2.

Anyway,
Selamt mencuba semua.
:)

14 January 2011

Tenji Japanese Buffet


Assalamualaikum and good day everyone :)
Last weekend saya pergi makan dekat satu tempat yang sangat syiokkk.
Terletak di Solaris Mont Kiara. Dekat dengan Soho KL.
Restoran ni betul2 atas Cold Storage.
Makanan dekat sini bertemakan Japanese Buffet.
FAHAM TAK BUFFET???
Korang boleh makan sampai perut kembung pergi berak then sambung makan lagi.
Seharusnya you guys pergi time tengah lapar gila.
Nama restoran ni :






Tempat reception yang sangat kelas gitu.
Dah macam nak check in hotel pulak.
Siap ada mat salleh jadi receptionist.
Cool gila sebab mat salleh tu HANDSOME.



Tempat minum-minuman yang ada macam2.
Air jus, air bikarbonat, air kopi teh semua, etc.





Dessert2 yang sangat TEMPTING
Boleh ambil banyak mana yang you guys nak makan.



Outdoor seating.
Sangat relaxing. Kalau nak celebrate Valentine boleh jadi hot spot kat sini.



HA! Leleh air liur sekarang sebab kita ada KAMBING GOLEK-GOLEK.
Sedap woo.
Boleh request nak bakar ikan2 yang disediakan.



Yang ni korang boleh request untuk bakar juga.
Bila bakar nanti Chef ni letak sos yang sangat menyelerakan.



Nampak tak clip besi kat atas ni?
Clip ni diorang provide suruh kita letak dekat every menu yang ada dalam restoran ni.
Chef akan masak menu tu then hantar dekat table kita.
Dekat clip tu ada nombor table kita.



Scallop with Miso Sauce


Taco


Cold Squid


Steamboat side.
Bila your guys order steamboat, chef akan hantar kuali dekat table dengan semua food yang korang pilih.
Every table disediakan dengan dapur masing2.
Cool~ 



Tiram segar!
Makan dengan lemon segar juga.
Tempting gila.



Fresh punya raw meat.
Boleh request nak suruh chef  masak jenis macam mana.



Kambing bakar, butter salmon, sotong sumbat mayonis, baked cheese potato dalam ketam punye shell.



Aglio Olio Pasta with Scallop




Tempat air kelapa.
You guys kena buka sendiri air kelapa ni guna hammer yang disediakan.
Cool kan?
Minum sejuk2 memang naik bulu roma semua.



Strawberry and Mango Ice 
Sangat menggiurkan.



Vanilla Chocolate pudding, Strawberry Mousse Cake, Durian Cheese Cake, Chocolate Moist Cake, Cookies.



Part yang paling best dekat sini.
Ada tiga jenis ice cream dekat sini.
Japanese Ice Cream, Baskin Robbins, Haagen-Dazs.
Boleh ambil buat bekal untuk jiran2 sekali.
Nak beli kat luar mahal. Dekat sini korang boleh ambil sambil brain freeze.



Tuan besar yang belanja semua orang.
Love you mama


Perut boyot tak boleh nak jalan.
Kenyang sangat2.


Tadaaa!
Nak juga kan muka sendiri ada sekali.
Korang memang patut makan dekat sini.
Berbaloi2!
Time saya pergi ni ada offer cuma RM50.00 seorang.
So, sebelum pergi you guys perlu call dulu and tanya price dia. 
Plus dekat sini kena buat reservation sebab selalu fully booked.
Suppose ada banyak lagi makanan tapi tak sempat nak ambil gambar sebab lebih tertumpu makan dengan penuh selera.

Bye!


07 January 2011

Restoran Nasi Paku

Okay, kenapa tajuk Nasi Paku?
Nasi putih dengan lauk Sayur Paku Pakis ke? Oh bukan.
Sebenarnya bila beli nasi dekat sini, diorang bungkus nasi cucuk dengan paku. Maksud saya guna paku betul2 untuk bertukang tu. Diorang tak guna getah or selit2 pembungkus celah2. Cool kan?



Saya dah makan nasi ni sejak belum datang period lagi. Masih belum matang tambah belum ada kekasih waktu tu. Tapi saya hanya pernah tapau nasi dekat kedai ni. Tak pernah makan pun dekat sini.

Lokasi kedai ni sebenarnya di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Which is kampung atok nenek saya dekat sini. Saya memang ‘mek klate’ ye semua. Tak perlu tanya2 dah sebab apa saya cantik. Semua sebab saya makan budu. Ececeh. Tipu sangat sebenarnya. Hahaha.

Kedai ni dah wujud dari zaman ayah kecil2 lagi. Mungkin nak dekat sama umur dengan tahun merdeka rasa nya. Nama kedai ni Restoran Hover. Actually kedai ni ada dua orang owner. Seorang yang jual makanan dan lagi seorang yang jual air.



Nampak menggiurkan bukan? Kat sini jual nasi dengan lauk2 campur. Ada ayam kampung goreng, daging, hati, etc. Nasi ni ada kuah special. Campur dengan tauge. Memang sedap sangat. Korang kena cuba sendiri baru tahu macam mana nikmat makan nasi ni. Tapi selama makan dekat sini saya tak pernah tahu berapa harga nasi ni. Sbb owner dia kira harga makanan semua laju gila. Memang harapan jela nak dengar dia sebut apa. Baru panggil suruh kira harga terus dia membebel2 sorang then cakap total harga semua. Terer siot matematik dia. Mesti masuk tuisyen Kumon ni.



Muka owner blog ni pun kena letak juga untuk publisiti lebih. Excited lebih dapat makan favourite food.