17 November 2010

Restoran SS2 Murni


Dah lama gilo tak update blog.
Blog pun dah rasa terhina sangat. 

Okay, so kali ni saya nak cerita pasal pergi makan tengah malam (supper) di Restoran SS2 Murni.
Actually ada lagi satu restoran yang serupa macam ni.
Orang panggil Restoran William tapi saya tak pernah pergi lagi.
Restoran ni memang dah popular gila. Semua orang tau.
Tapi saya jela yang kuno baru nak pergi.

Dekat restoran ni yang paling pelik dia tak ada menu makanan.
Macam mana nak order makanan?
Kita kena tengok orang lain makan apa lepas tu kita bagi tahu la waiter tu. Cuma tunjuk kat waiter tu je.
Makanan kat sana semua dalam portion yang banyak sangat.
Memang kena kongsi la kalau pergi dengan kekasih ke, dengan abah ke, dengan bibik ke.
So, jangan kedekut sangat la tak nak kongsi.
Lagipun boleh jimat duit.
Tapi kalau baru first time datang sana, rasanya tak perlu kongsi kot sebab korang mesti nak try makan semua makanan yang ada kat sana.
Make sure korang kosongkan perut dulu sebelum pergi sana.



Muka excited gila nak makan walaupun perut tengah tahan lapar gila.


Ni nama dia Roti Hawaii.
Dalam roti ni dia letak sosej, ayam, nenas dan sewaktu dengannya.
Semua bahan tadi di hancurkan lepas tu balut dengan kulit murtabak.
Mayonis dia banyak gila. Memang tak kedekut.
Yang ni harga di baru RM5.


Yang pula makanan saya.
Betapa kedekut nya saya makan sorang je spaghetti ni.
Ni nama dia Spaghetti Cabonara.
Sangat2 creamy. 
Ada banyak isi dia letak.
Sosej, ayam, chicken ball, etc.




Yang ni pula nama dia air Pink Panther dengan air Lily.
Air Pink Panther ni seriously sedap gila. Ada campuran strawberry, pisang, etc.
Yang air Lily pula campuran semua jenis buah.
Air dia banyak sangat.
Baru harga RM5 je.


Yang ni pula tak tahu apa.
Cuma nampak atas meja orang je.
Tapi nampak menarik sangat.


Ok yang ni favourite saya.
Nama dia Mi Raja.
Sebagai rakyat jelata seperti saya ni teringin la nk makan makanan raja camni.
Mi dia halus sangat dan ada macam2 lauk dalam mi ni.
Ada udang besar, sotong besar, carbstick, ayam.


Bila waktu nak bayar, owner kedai ni cuma tengok tanpa saya bagi tahu apa yang saya makan.
Dia terus cakap RM35. 
Murah sangat.
Saya order 3 air dengan 3 makanan.
Cool kan?
So cepat2 la pergi sana ye.
Oh lupa nak cakap kat sini tutup lambat.
Tengah malam baru tutup.
Kalau nak tahu kat mana lokasi kedai ni, cuma Google je nama kedai ni.
:))

12 September 2010

Buka puasa di rumah dan di kolej


Sebagai seorang yg kuat makan dan seorang yg mempunyai perut yang agak besar, saya membuat syarat wajibulghunnah atas soal2 makan ni.

Jadi saya nak buat perbandingan tentang berbuka puasa di rumah dan juga di kolej.

Di kolej, hanya mampu pergi beli makanan dekat bazar di Uitm. 


Antara makanan2 yang selalu beli di bazar Uitm.


Kalau nak sedap sikit kena sewa kereta, bawa kereta, bawa segerombolan kawan2, bawa duit lebih sebab bazar dekat bandar lebih besar dan banyak pilihan. Plus kena bayar duit sewa kereta dan duit minyak. Banyak kos perbelanjaan di situ. 


Kalau nak mewah sikit pergi makan dekat restoran di bandar. 


Makan tomyam ke, telur dadar ke, (itu dah dianggap mewah walaupun telur), daging masak merah, sotong goreng, etc. 

Itu lagi banyak habis duit. Tambah lagi kalau lepas berbuka tu, pergi singgah 7-Eleven beli jajan dengan air yang mewah2. Padahal dalam Uitm ada je jual sume tu. Saja suka habiskan minyak kereta pergi sana sini lepas tu habiskan duit. Lagi parah kalau singgah Giant yang terhebat bergemilang di Segamat tu. Kalau masuk sana memang paling kurang habis RM50. Lagi rambang mata sebab ada banyak makanan, aiskrim, roti, air sedap2, coklat, etc. Kadang2 kalau kami dapat ‘menjana pendapatan yang lumayan’ dari Facebook sebab selalu kena tag dekat gambar duit kan (haha), dapat la beli makanan mewah sikit. 


Kadang2 konon berangan nak jadi mat salleh beli aiskrim, Chocolate sauce, Smarties, Butter biskut , chocolate chip, roti dan Coke. Lepas tu buat sandwich ala-ala gaya student yang baru nak belajar makan mewah. 


Konon2 dessert selepas makan. Dah kira hebat sangat dah tu. Haha.

Kalau time tak ada duit pula, kena la makan makanan yang ada dalam bilik je.


 Roti croissant, jam curi dari hotel, tuna and air kotak.


Okay,
sekarang nak cerita gaya berbuka di rumah pula. Kalau dekat rumah, boleh pergi macam2 tempat bazar. Banyak sangat choice. Pergi bazar dengan ayah lepas tu boleh ambil apa je yang buat mulut terliur sampai rasa nak curi makanan tu lepas tu makan dalam toilet sambil minum air paip. Duit apa2 tak perlu keluar pun. Sedap hidup. 

Lepas tu bila dah balik rumah dalam bulan puasa ni, mesti la nak keluar membeli belah untuk raya kan. Nak membeli belah mesti la ajak teman tercinta, sahabat handai belaka. Dah alang2 keluar tu teringin la juga nak berbuka puasa dekat luar sebab setiap hari dekat Uitm tu mesti kerja online survey tempat berbuka puasa sedap2 di KL. Assignment, final project dah di lupakan sebab lebih mementingkan promotion2 berbuka puasa. Walaupun makan dekat KL lagi mahal berbanding dekat Segamat tu, tapi saya puas hati sebab dapat makan sedap2 belaka. Tempat makan pun cantik2 je. 




Di Thai Steamboat








Di Pizza Milano and Burger King




Di Secret Recipe




Di TGI Fridays







Di Restoran Kapal Kg Baru



Di LikuLiku
Korean Steamboat and Grill


Nak keluar pergi makan pun tak payah nak sewa kereta semua. Kena bayar tiket parking jela. Lepas tu kalau dekat rumah, tengah2 malam boleh masak macam2 sebab mama dah bekalkan dengan makanan segera. Nak buat apa jenis dessert pun boleh dekat rumah sebab semua benda ada. Tak payah susah2 nak beli.


Chocolate Banana Milkshake




Mango Orange Smoothies




Chocolate Fountain




Burger Special and Orange Juice :)

Nampak tak rajin memasak sebenarnya?
Boleh bawa rombongan masuk meminang la ye.
Haha


Konklusi nya ialah, di Uitm, saya boleh berjimat duit sebab makanan murah2. Cuma kurang sedap sikit dan tempat yang kurang cantik sikit. Kalau dekat rumah, banyak juga yang boleh berjimat sebab pergi bazar tak guna duit sendiri dan boleh masak macam2 tanpa mengeluarkan duit. Tapi bila dah berbuka dekat luar, duit yang dikeluarkan untuk makan tu, dah sama banyak dengan duit makan 2 minggu dekat Uitm.

 Kalau hari2 makan dekat luar, memang papa kedana la jawabnya. Kadang2 diri sendiri manja lebih bila dah ada dekat rumah sebab kurang kasih sayang di Uitm. Jadi saya perlukan belaian yang sedap2 di KL. Baru la diri sendiri tak merajuk. Sebab takut kempunan bila dah balik kolej semula. Jadi, untuk menstabilkan ekonomi, saya perlu duduk di kolej selalu dan jarang pulang ke rumah. Oh tidak, sungguh tidak praktikal strategik ni. Saya tetap kena pulang ke rumah setiap hujung minggu supaya diri cukup dengan kasih sayang. 

Tentang makan, dekat KL ada je tempat makan murah2 kan? Kita kan satu Malaysia. Err? Okay, anyway, Uitm dengan rumah dua2 saya sayang. Tapi Uitm saya sayang sebab ada kawan je dekat sana. Tidak lebih dari itu. Ayat penegasan di situ. 

Okay then, toodles.

17 August 2010

Restoran Kapal Kampung Baru



Bismilahirahmanirahim.

Sejuk hati mak tengok berubah baik sikit bulan puasa ni.
Dah pandai memulakan entri dengan bismilah. Amin.
Jangan lepas habis Ramadhan ni mabuk2 pula sudah. Tipu dah.

Okay, last week sy pergi berbuka puasa di Restoran Kapal dekat Kampung Baru. Tak tahu nama kedai ni apa tapi ada kapal dalam kedai tu so panggil Restoran Kapal jela. :p
Actually, nama sebenar restoran ni Chop N Steak.
Tapi orang dah biasa panggil Restoran Kapal je.

Oh ya, sy pergi dengan bf sy dan juga dengan Anis Mardiana.
Mula2 nak berbuka dekat Midvalley je sebab dah alang2 dekat sana tapi confuse banyak sangat tempat makan dekat sana.
So decide makan dekat Kampung Baru sebab dah biasa makan dekat situ.
Tempat ni agak sibuk penuh dengan kereta2. So susah nak cari parking sikit.

Environment dalam restoran ni selesa. Ada banyak side tempat duduk.
Ada yang jenis duduk bersila, ada yang duduk atas kerusi. Ada juga yang duduk dalam pondok kecil2.
Ada kapal dekat tengah2 restoran berfungsi sebagai tempat cashier dan dapur mini.
Agak cool juga ye.



Alololo Cek Mek Comel.
Nampak gembira betul nak makan.
Perut turut tumpang gembira.




Ini Anis punya makanan.
Sizzling Chicken with Black Pepper sauce.
Sangat sedap ye.
Sos dia agak pedas sebab banyak sangat black pepper.
Harganya RM10.90 sahaja.
Murah kan?



Nampak muka Anis gembira dapat makan.
Tahniah Anis dapat puasa penuh satu hari.
Nanti mak bagi seringgit duit upah puasa.




Ini pula saya dan bf saya punya.
Orang2 tua cakap cinta makin kukuh kalau order benda sama.
Haha.
Ini nama dia Chicken Gordon Blue.
Harganya RM10.90.
Murah sangat ye. Sangat2 reasonable.



Ini part yang paling sebab bila buka ayam je ada CHEESE yang sangat banyak kat dalam.
Dan part yang best juga lemak makin bertambah bila makan cheese berlebihan ni.
Boleh buat alasan untuk shopping baju baru sebab dah tak muat nak pakai baju sekarang.




Ini Jus Nenas dan Jus Carrot Susu.
Murah je. RM2.00 je untuk satu gelas besar.
Sangat berpuas hati ye.

Yang penting makan dekat sini dapat buat perut berhenti berbunyi.
Sangat bagus.
Boleh datang lagi nanti.

Restoran ni betul2 sebelah Masjid Jamek Kampung Baru.
Nanti pergi la cari ye.
Berbaloi sangat makan dekat sana.

21 June 2010

Midnight drinks

Supper is my favourite time in my eating time table. 
Because i can eat and drink all my super cool snacks without sharing with anyone.
While watching my all time favourite comedy series The Nanny. I love you Fran Fine. :)
I really love food experiment because i hate eating the same thing over and over again.
I'll try to change the food into something different.
Like an example below : 


This is my Cocoa Banana Tabur.
I just blend together the chocolate powder with fresh milk and 1 slice banana and add some sugar.
Then i put a lot of ice cubes.
I serve this drink with 1 tablespoon of Milo on top of it. And also a big chunky banana and some sprinkles.
Walahh!


This one i would love to call Sunny Sunrise Lime.
I blend 2 oranges with a bit of orange juice and some sugar.
I put a lot of ice cubes too.
I serve this with a lot of chunky oranges on top of it.




Okay,this is Bandung Blended,
At first i was just making a normal bandung for myself.
Bandung is just a simple recipe that you can make it by yourself.
Just put in glass 1 tablespoon of syrup. Then put sweetened creamer and also some water.
But i think it will be more cooler drink if you blend it with ice cubes.
And the taste is sooo good.


  

The last drink in my list is Watemelon Blended.
Just cut the watermelon into small pieces.
The blend it with ice cubes and some water. And maybe a bit of sugar.
It is the perfect drink for summer time.

Well, i just use any food at home to make it more interesting.
You can try at home people. 
Just follow your instinct. haha