19 May 2010

The celebration for Mother's Day

Untuk Mother's Day tahun ini, saya telah merancang untuk membuat surprise dinner  untuk Mama.
Disebabkan banyak terpengaruh dengan rancangan2 memasak di TV jadi saya cuba untuk mempraktikkan skill yang konon2 ada dalam diri ni.
Sebab nenek pandai gila masak. Mama pn pandai masak juga. Jadi sebagai cucu dan anak perempuan cantik ni, mestilah ada DNA dalam badan saya ni yang membuatkan pandai masak juga. :))





Okay, kita start dengan dessert yang pertama.
Ini Chocolate Pudding bersama Whipped Cream.
Resepi yang mudah sangat.

1. Mula2 cairkan chocolate masakan dengan butter. (ikut kuantiti sesedap rasa) 
2. Dalam mangkuk lain, letak 3 sudu besar tepung gandum, 3 biji telur dan 1 cup gula. (kacau sebati)
3. Campurkan chocolate yg telah cair ke dalam campuran tepung tadi.
4. Bakar dalam masa 10 minit.
5. Untuk lagi sedap letak whipped cream di atas and some sprinkles.




Untuk dessert kedua pula namanya ialah
Banana Brownies with Chocolate Sauce
Bajet pandai disini sampai buat 2 dessert. *gelak besar*

1. Cairkan 3 1/2 cup chocolate dengan 1 cup butter. (double boil)
2. Hancurkan 4 ripe banana dengan 4 biji telur.
3. Campurkan 1 cup tepung, 1 cup gula, 1 sudu besar cocoa powder & 1 sudu besar baking powder ke dalam campuran pisang tadi.
4. Gaul sebati kesemua bahan tadi dan campur sekali dengan campuran chocolate yang telah dicairkan tadi.
5. Bakar dalam oven selama 1 jam 30 minit.




Ini pula saja saya tambah dalam menu sebab semua ahli keluarga saya perut besar2.
Mana cukup setakat makan sikit2 je.
Ini saya bagi nama
Chicken Mushroom Pasta

1. Beli mushroom soup either dalam tin or packet. (any flavour) And of course masak la.
2. Rebus pasta. (make sure rebus dalam air garam) (any kind of pasta)
3. Rebus isi ayam sampai masak.
4. Lepas mushroom, pasta dan ayam siap masak. Campur kesemuanya.
5. Tabur black pepper or paprika untuk penambah perasa. 



Untuk minuman, konon2 la nak tiru mat salleh guna gelas tinggi ni mcm high heels.
Saya namakan minuman ni
Lemon Soda Syrup

1. Saya buat ice cube guna air perahan lemon. (guna limau nipis/kasturi boleh juga) (buat sehari sebelum utk bekukan)
2. Dalam gelas high heels ni, letak ice cube lemon dan campur dengan air Ice Cream Soda. Lepas tu letak sikit sirap yang colour merah pekat likat tu untuk warna yang lebih menarik.




Ini pula ialah Chicken Gravy untuk Mashed Potato.
Senang saja. Jom tengok cara2 nak buat.

1. Rebus isi2 ayam dengan tulang2 ayam yang ada. (sampai betul2 masak2 ye)
2. Guna air rebusan ayam tu (make sure dah keluarkan ayam) dan letakkan kiub ayam, black pepper, lada sulah, garam, gula, tepung jagung (bancuh dgn air dulu sbb tak nak bagi berketul2).
3. Masak kesemua bahan sampai mendidih. Rasa sikit lepas tu kalau ada yang tak cukup apa2 boleh tambah sendiri.
4. Carik2 kan isi ayam yang telah direbus dan masukkan ke dalam gravy tadi.




Ini ialah Mashed Potato.
Senang je nak buat.

1. Rebus kentang or boleh kukus je kentang ni. Potong kentang ni dulu into half.
2. Masak butter dengan susu segar dalam periuk.
3. Selepas kentang sudah masak, buang kulit nya. Campur dengan campuran butter & susu tadi.
4. Hancurkan kentang sehingga menjadi halus.
5. Letakkan sedikit black pepper dan garam.




Ini lah menu utama untuk Mother's Day.
Black Pepper Lamb bersama sekutu2 nya.

1. Untuk perap lamb, blend bawang putih, serai, halia. Lepas dah blend, campur kan sedikit minyak, kicap cair, sos tiram, madu, garam, gula, black pepper. Perap selama satu malam.
2. Grill atas pan atau bakar dalam oven.
3. Untuk sos black pepper ni, saya hanya menggunakan black pepper sos yang sudah dijual dalam paket.
Hanya tambah air panas sahaja. :)

6 comments:

lya said...

boleh tlg bg sukatan2 dia

Nadia Rusli said...

sukatan utk recipe yg mana ye?

lya said...

utk chicken gravy n black pepper lamb
hehe

Dini Dalila said...

waa rajinnya kak naddy buat semua ni :D dah la semua sedap2! eh eh nak sukatan jugak utk yg mashed potato tu.hehe

Nadia Rusli said...

Lya: chicken gravy tu xde sukatan. Main agak2 je sume. Pastu try la dh cukup ke blum perasa garam sume.

yg black pepper lamb tu ade portion die. bahan utama die bwg putih, serai, halia. 3:2:1. Halia plg sikit guna. Bwg putih plg byk. lepas tu agak2 je sume. ltk je sume bnd mcm kicap, sos tiram dlm 4 5 sudu besar ke.
nk tau dh ok ke belum try je rse sikit bile sume bahan tu dh campur skali.

Nadia Rusli said...

Dini: utk mashed potato tu, akak just agak2 je. masak susu segar dgn butter. make sure butter tu sikit je. lebih kurang 4 sudu besar. susu segar plak dlm 2 cawan. lpas butter dh cair, campur dlm potato yg dh direbus tu. lpas tu mash sampai hancur. tmbah black pepper n garam ikut citarasa sendiri.