Sebagai seorang yg kuat makan dan seorang yg mempunyai perut yang agak besar, saya membuat syarat wajibulghunnah atas soal2 makan ni.
Jadi saya nak buat perbandingan tentang berbuka puasa di rumah dan juga di kolej.
Di kolej, hanya mampu pergi beli makanan dekat bazar di Uitm.
Antara makanan2 yang selalu beli di bazar Uitm.
Kalau nak sedap sikit kena sewa kereta, bawa kereta, bawa segerombolan kawan2, bawa duit lebih sebab bazar dekat bandar lebih besar dan banyak pilihan. Plus kena bayar duit sewa kereta dan duit minyak. Banyak kos perbelanjaan di situ.
Kalau nak mewah sikit pergi makan dekat restoran di bandar.
Makan tomyam ke, telur dadar ke, (itu dah dianggap mewah walaupun telur), daging masak merah, sotong goreng, etc.
Itu lagi banyak habis duit. Tambah lagi kalau lepas berbuka tu, pergi singgah 7-Eleven beli jajan dengan air yang mewah2. Padahal dalam Uitm ada je jual sume tu. Saja suka habiskan minyak kereta pergi sana sini lepas tu habiskan duit. Lagi parah kalau singgah Giant yang terhebat bergemilang di Segamat tu. Kalau masuk sana memang paling kurang habis RM50. Lagi rambang mata sebab ada banyak makanan, aiskrim, roti, air sedap2, coklat, etc. Kadang2 kalau kami dapat ‘menjana pendapatan yang lumayan’ dari Facebook sebab selalu kena tag dekat gambar duit kan (haha), dapat la beli makanan mewah sikit.
Kadang2 konon berangan nak jadi mat salleh beli aiskrim, Chocolate sauce, Smarties, Butter biskut , chocolate chip, roti dan Coke. Lepas tu buat sandwich ala-ala gaya student yang baru nak belajar makan mewah.
Konon2 dessert selepas makan. Dah kira hebat sangat dah tu. Haha.
Kalau time tak ada duit pula, kena la makan makanan yang ada dalam bilik je.
Okay,
sekarang nak cerita gaya berbuka di rumah pula. Kalau dekat rumah, boleh pergi macam2 tempat bazar. Banyak sangat choice. Pergi bazar dengan ayah lepas tu boleh ambil apa je yang buat mulut terliur sampai rasa nak curi makanan tu lepas tu makan dalam toilet sambil minum air paip. Duit apa2 tak perlu keluar pun. Sedap hidup.
Lepas tu bila dah balik rumah dalam bulan puasa ni, mesti la nak keluar membeli belah untuk raya kan . Nak membeli belah mesti la ajak teman tercinta, sahabat handai belaka. Dah alang2 keluar tu teringin la juga nak berbuka puasa dekat luar sebab setiap hari dekat Uitm tu mesti kerja online survey tempat berbuka puasa sedap2 di KL. Assignment, final project dah di lupakan sebab lebih mementingkan promotion2 berbuka puasa. Walaupun makan dekat KL lagi mahal berbanding dekat Segamat tu, tapi saya puas hati sebab dapat makan sedap2 belaka. Tempat makan pun cantik2 je.
Di Thai Steamboat
Di Pizza Milano and Burger King
Di Secret Recipe
Di TGI Fridays
Di Restoran Kapal Kg Baru
Di LikuLiku
Korean Steamboat and Grill
Nak keluar pergi makan pun tak payah nak sewa kereta semua. Kena bayar tiket parking jela. Lepas tu kalau dekat rumah, tengah2 malam boleh masak macam2 sebab mama dah bekalkan dengan makanan segera. Nak buat apa jenis dessert pun boleh dekat rumah sebab semua benda ada. Tak payah susah2 nak beli.
Chocolate Banana Milkshake
Mango Orange Smoothies
Chocolate Fountain
Burger Special and Orange Juice :)
Nampak tak rajin memasak sebenarnya?
Boleh bawa rombongan masuk meminang la ye.
Haha
Konklusi nya ialah, di Uitm, saya boleh berjimat duit sebab makanan murah2. Cuma kurang sedap sikit dan tempat yang kurang cantik sikit. Kalau dekat rumah, banyak juga yang boleh berjimat sebab pergi bazar tak guna duit sendiri dan boleh masak macam2 tanpa mengeluarkan duit. Tapi bila dah berbuka dekat luar, duit yang dikeluarkan untuk makan tu, dah sama banyak dengan duit makan 2 minggu dekat Uitm.
Kalau hari2 makan dekat luar, memang papa kedana la jawabnya. Kadang2 diri sendiri manja lebih bila dah ada dekat rumah sebab kurang kasih sayang di Uitm. Jadi saya perlukan belaian yang sedap2 di KL. Baru la diri sendiri tak merajuk. Sebab takut kempunan bila dah balik kolej semula. Jadi, untuk menstabilkan ekonomi, saya perlu duduk di kolej selalu dan jarang pulang ke rumah. Oh tidak, sungguh tidak praktikal strategik ni. Saya tetap kena pulang ke rumah setiap hujung minggu supaya diri cukup dengan kasih sayang.
Tentang makan, dekat KL ada je tempat makan murah2 kan ? Kita kan satu Malaysia . Err? Okay, anyway, Uitm dengan rumah dua2 saya sayang. Tapi Uitm saya sayang sebab ada kawan je dekat sana . Tidak lebih dari itu. Ayat penegasan di situ.
Okay then, toodles.
No comments:
Post a Comment