22 January 2011

French Toast


Kali ni saya nak kongsi2 resepi untuk semua. Resepi yang sangat senang and semua orang boleh buat. Boleh la yang jenis tak reti memasak tu start belajar memasak through resepi ni. Kalau tak reti juga memang korang kena masuk kursus memasak sebelum kawin nanti takut mak mentua reject tak pasal2.

Okay, resepi ni selalu nya saya buat time breakfast. Tapi kalau mengidam nak makan tengah malam pun still boleh buat juga. Or time tengah mengadung anak kedua ke tiba2 kempunan pun boleh buat juga.

Antara bahan2 yang di perlukan :



Telur ikut sebanyak mana yang korang nak guna. Kalau guna banyak roti then telur pun kena banyak.
Selalunya sebiji telur boleh letak 2-3 keping roti.



Susu sejat berkrim. (susu cair)
Harus ada model tangan abang gagah ye.



Campurkan telur bersama2 dengan susu cair tadi ye semua.
Pukul sehingga sebati.



Lepas tu mesti ada esen vanilla ni.
Ni lah punca yang menyedapkan french toast.



Campurkan dalam campuran telur tadi ye makcik2.



Then kita kena ada roti.
Beli Gardenia Bonanza ni untung dapat banyak roti.



Kemudian celupkan roti tadi dalam campuran telur tadi.
Rendam lebih kurang seminit je.



Kemudian boleh masak atas pan yang dah diletakkan butter.
Kalau masak apa2 guna butter mesti sedap sebab dia lemak berkrim sesuai untuk orang peha besar macam saya ni tambah lemak lagi.





Sementara menunggu roti tadi masak, kita boleh buat sos untuk makan dengan roti tadi.
Kita hanya perlukan jem strawberry dan limau.



Letakkan jem dalam mangkuk dan perahkan sebijik limau.
Jangan banyak sangat letak limau takut masam sangat pula.



Dan kita mesti kena ada gula icing untuk tabur atas roti tadi bersama2 sos strawberry kita tadi.



Tadaaa!!!

  Atau kalau korang nak lagi sedap, korang boleh guna fresh strawberry blend dengan gula icing dan lemon. Senang je kan?

Saya selalu makan roti ni sambil tengok The Simpson dengan Family Guy.
Memang makan sambil tercekik2 sebab gelak guling2.

Anyway,
Selamt mencuba semua.
:)

2 comments:

Ayuu said...

nampak sedap! nak rasa,
buatkan saya ;) haha.

fifianggun said...

i'm not really a good cooker,,,
but i can practise it,,thank you for the recipe=D