05 July 2011

Kueh Teow Kung Fu

Ehem ehem.
Hello people!
So this post nak cerita pasal resepi KUEH TEOW KUNG FU.
Simple, senang, easy, mudah, pantas. Okay semua sinonim words.
So pay attention ye,
Yang pertama sekali….
Sediakan bahan basah dahulu ye iaitu :


Udang, ayam dan sotong.

Lepas tu sediakan sayur mayur seperti :


Carrot, bunga kobis, brokoli, sayur jagung

Tidak lupa pada bahan penting kita iaitu :


Kueh teow dan KICAP JALEN. Nama comel je.

Ok first sekali, letak minyak sikit dalam pan lepas tu masuk kueh teow dan tuang kicap jalen ikut citarasa sendiri. Kalau peminat setia kicap boleh letak la sampai banjir meleleh.





Sampai jadi macam ni ye. Lepas tu letak dalam pinggan.

Lepas tu, ambil lebih kurang 2 3 ulas bawang putih dengan cili padi tumbuk sampai hancur. Jangan hancur sangat ye. Cili padi ikut citarasa la ye. Kalau suka pedas boleh letak banyak .

Dalam kuali pula, letak minyak sedikit dan tumis bawang putih dengan cili padi tadi. Dah naik bau sedikit boleh la letak ayam, sotong dengan udang tadi ye. Masak sampai semua bahan tadi nampak dah masak ye.


Lepas tu masukkan air. Kalau nak kuah lebih boleh letak banyak air. Kalau tak nak boleh la letak sedikit je. Kemudian, ambil satu sudu besar tepung jagung bancuh dengan air sampai tak berketul. Dan masukkan dalam kuali. Lepas tu letak semua sayur2 tadi sekali. Kacau bersama dan boleh la masukkan garam secukup rasa.


Bila kuah dah rasa secukup rasa semua, boleh tuang atas kueh teow yang dah digoreng tadi.


P/S : Kueh teow tadi boleh di goreng dengan telur juga. Time goreng kueh teow tu boleh la masukkan telur sebiji. Kacau sampai masak sama2 dengan kueh teow tu. 

1 comment:

KD said...

kteuw lakna?..hehhahehe