29 July 2011

Sno : Shake it your way


Hello everyone.
Hope all of you doing fine.

Okay, gonna talk about this one cool place called Sno
A simple name but cool unique dessert to try.
This is more than just a milkshake.
With a tag line SHAKE IT YOUR WAY, you can really shake it with your very own way.
I will explain how you can shake your dessert with your way.



A very cute booth placed at Pavillion KL Shopping Mall
                                                                          Lot P1.09.02 Level 1 (Behind Lavender)





'



Here you can choose between Sno Shakes and Snoothies.



Here comes the best part of this shop
You can build your own SNO!!!
Hoorayyy
*clap hands*


Just follow this simple chart on Ipad.
YES! on IPAD yawww.
A very cool way to choose you dessert.

First: Choose your size of cup between regular or kid
2nd : Choose you base between Vanilla Ice Cream, Green Tea Ice Cream or Frozen Yogurt
3rd : You can choose your blended flavours. You can choose until maximum 6 flavours only
4th : You choose your own toppings. Maximum 6 toppings only

So now you know how you can shake it your own way.
*shake my booty while choosing a good combination of my dessert*

They will blend your base and your flavours then put your toppings.
Niceeee


The yummy flavourssssssss


A very hard decision to make. 
Just like SPM exam.




05 July 2011

Kueh Teow Kung Fu

Ehem ehem.
Hello people!
So this post nak cerita pasal resepi KUEH TEOW KUNG FU.
Simple, senang, easy, mudah, pantas. Okay semua sinonim words.
So pay attention ye,
Yang pertama sekali….
Sediakan bahan basah dahulu ye iaitu :


Udang, ayam dan sotong.

Lepas tu sediakan sayur mayur seperti :


Carrot, bunga kobis, brokoli, sayur jagung

Tidak lupa pada bahan penting kita iaitu :


Kueh teow dan KICAP JALEN. Nama comel je.

Ok first sekali, letak minyak sikit dalam pan lepas tu masuk kueh teow dan tuang kicap jalen ikut citarasa sendiri. Kalau peminat setia kicap boleh letak la sampai banjir meleleh.





Sampai jadi macam ni ye. Lepas tu letak dalam pinggan.

Lepas tu, ambil lebih kurang 2 3 ulas bawang putih dengan cili padi tumbuk sampai hancur. Jangan hancur sangat ye. Cili padi ikut citarasa la ye. Kalau suka pedas boleh letak banyak .

Dalam kuali pula, letak minyak sedikit dan tumis bawang putih dengan cili padi tadi. Dah naik bau sedikit boleh la letak ayam, sotong dengan udang tadi ye. Masak sampai semua bahan tadi nampak dah masak ye.


Lepas tu masukkan air. Kalau nak kuah lebih boleh letak banyak air. Kalau tak nak boleh la letak sedikit je. Kemudian, ambil satu sudu besar tepung jagung bancuh dengan air sampai tak berketul. Dan masukkan dalam kuali. Lepas tu letak semua sayur2 tadi sekali. Kacau bersama dan boleh la masukkan garam secukup rasa.


Bila kuah dah rasa secukup rasa semua, boleh tuang atas kueh teow yang dah digoreng tadi.


P/S : Kueh teow tadi boleh di goreng dengan telur juga. Time goreng kueh teow tu boleh la masukkan telur sebiji. Kacau sampai masak sama2 dengan kueh teow tu. 

22 June 2011

Levain


Hello semua 
Dah lama sangat saya tak update blog ni kan. Rindu #lettew.
Ok this time nak promote this one café. Nama die Levain and tempat dia betul2 depan Hospital Prince Court. Sederet dengan Andalus baru tu.

                    Café ni dia sewa satu banglo and buat tempat makan. Sangat cantik and selesa sangat. You guys should really come to this café. Café ni buka pukul 10 pagi sampai pukul 7 malam je tau. So jangan datang malam. Sini ramai orang datang untuk lunch sebab main dishes dia semua sedap2 and harga berpatutan.



Konsep nak makan dekat sini, bila masuk je kena cari tempat duduk dulu. Bila dah duduk, tengok nombor meja then baru boleh order makanan. So kalau pergi sorang agak susah la sebab tak ada orang nak tolong cop kan tempat duduk.
Yang paling cool dekat sini diorang jual roti and bakar sendiri guna stone oven. Oven batu tu. Lepas tu siap ada satu station dalam kedai tu tempat letak roti semua. Coooooll.







Tambah lagi cool…. Jeng, jeng, jeng...


Homemade chocolate!! Say hello to all cute gorgeous milky chocolate.
Diorang siap buat homemade chocolate lagi. Cool kan? Sedap gila pula tu.



Ok ok. Nak tambah cool lagi sila tengok dessert station dia.




Nice kan? Dessert dia semua sedap gilo. SEDAP GILO. Ha, retweet lagi sekali SEDAP GILO.
Kalau tak meleleh air liur lagi sila tengok gambar ni banyak kali siap zoom sekali. Please. Haha
Macaroons dia paling sedap and banyak choice of flavour. Semua harga dia not bad. Semua berpatutan.
Sekarang nak tunjuk makanan yang saya order haritu.


Spaghetti bolognese


Cream cheese pasta

Makanan dia semua sedap2. Wajib makan dekat sini.



View dari luar.



View for outside dining


So sila la pergi ke sini ye kawan2. Bye bye!


22 January 2011

French Toast


Kali ni saya nak kongsi2 resepi untuk semua. Resepi yang sangat senang and semua orang boleh buat. Boleh la yang jenis tak reti memasak tu start belajar memasak through resepi ni. Kalau tak reti juga memang korang kena masuk kursus memasak sebelum kawin nanti takut mak mentua reject tak pasal2.

Okay, resepi ni selalu nya saya buat time breakfast. Tapi kalau mengidam nak makan tengah malam pun still boleh buat juga. Or time tengah mengadung anak kedua ke tiba2 kempunan pun boleh buat juga.

Antara bahan2 yang di perlukan :



Telur ikut sebanyak mana yang korang nak guna. Kalau guna banyak roti then telur pun kena banyak.
Selalunya sebiji telur boleh letak 2-3 keping roti.



Susu sejat berkrim. (susu cair)
Harus ada model tangan abang gagah ye.



Campurkan telur bersama2 dengan susu cair tadi ye semua.
Pukul sehingga sebati.



Lepas tu mesti ada esen vanilla ni.
Ni lah punca yang menyedapkan french toast.



Campurkan dalam campuran telur tadi ye makcik2.



Then kita kena ada roti.
Beli Gardenia Bonanza ni untung dapat banyak roti.



Kemudian celupkan roti tadi dalam campuran telur tadi.
Rendam lebih kurang seminit je.



Kemudian boleh masak atas pan yang dah diletakkan butter.
Kalau masak apa2 guna butter mesti sedap sebab dia lemak berkrim sesuai untuk orang peha besar macam saya ni tambah lemak lagi.





Sementara menunggu roti tadi masak, kita boleh buat sos untuk makan dengan roti tadi.
Kita hanya perlukan jem strawberry dan limau.



Letakkan jem dalam mangkuk dan perahkan sebijik limau.
Jangan banyak sangat letak limau takut masam sangat pula.



Dan kita mesti kena ada gula icing untuk tabur atas roti tadi bersama2 sos strawberry kita tadi.



Tadaaa!!!

  Atau kalau korang nak lagi sedap, korang boleh guna fresh strawberry blend dengan gula icing dan lemon. Senang je kan?

Saya selalu makan roti ni sambil tengok The Simpson dengan Family Guy.
Memang makan sambil tercekik2 sebab gelak guling2.

Anyway,
Selamt mencuba semua.
:)