07 January 2011

Restoran Nasi Paku

Okay, kenapa tajuk Nasi Paku?
Nasi putih dengan lauk Sayur Paku Pakis ke? Oh bukan.
Sebenarnya bila beli nasi dekat sini, diorang bungkus nasi cucuk dengan paku. Maksud saya guna paku betul2 untuk bertukang tu. Diorang tak guna getah or selit2 pembungkus celah2. Cool kan?



Saya dah makan nasi ni sejak belum datang period lagi. Masih belum matang tambah belum ada kekasih waktu tu. Tapi saya hanya pernah tapau nasi dekat kedai ni. Tak pernah makan pun dekat sini.

Lokasi kedai ni sebenarnya di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Which is kampung atok nenek saya dekat sini. Saya memang ‘mek klate’ ye semua. Tak perlu tanya2 dah sebab apa saya cantik. Semua sebab saya makan budu. Ececeh. Tipu sangat sebenarnya. Hahaha.

Kedai ni dah wujud dari zaman ayah kecil2 lagi. Mungkin nak dekat sama umur dengan tahun merdeka rasa nya. Nama kedai ni Restoran Hover. Actually kedai ni ada dua orang owner. Seorang yang jual makanan dan lagi seorang yang jual air.



Nampak menggiurkan bukan? Kat sini jual nasi dengan lauk2 campur. Ada ayam kampung goreng, daging, hati, etc. Nasi ni ada kuah special. Campur dengan tauge. Memang sedap sangat. Korang kena cuba sendiri baru tahu macam mana nikmat makan nasi ni. Tapi selama makan dekat sini saya tak pernah tahu berapa harga nasi ni. Sbb owner dia kira harga makanan semua laju gila. Memang harapan jela nak dengar dia sebut apa. Baru panggil suruh kira harga terus dia membebel2 sorang then cakap total harga semua. Terer siot matematik dia. Mesti masuk tuisyen Kumon ni.



Muka owner blog ni pun kena letak juga untuk publisiti lebih. Excited lebih dapat makan favourite food. 


2 comments:

Mr. Swift said...

Hello! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Btw lawa blog and happy blogging! And happy new year! :)

Psst : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!

senyumSOYA said...

yang kedai hover ni dkat area mane ek? byk gak cwangn nasi paku ni.. stu kat jalan gajah mati..hheheh..
kat hoover ni jalan mane ek? depan KB mall tu ek?